Friday, March 27, 2009

Site Under Construction

Mohon maaf ZiZi AF7 sedang dalam upgrading ^-^ Mohon terus menyokong ZiZi AF7
AFUNDI ZIZI ke 32999 (SMS)
ZiZi memerlukan sokongan anda untuk terus bertahan hingga ke konsert akhir
Akademi Fantasia Musim Ke-7
Sebarang pertanyaan sila email zizi_af7@yahoo.com

Wednesday, March 11, 2009

Coret Coret ZiZi AF7

~Mempunyai vokal yang serak-serak basah adalah anugerah Allah S.W.T yang tidak ternilai kepadanya..Dengan cara dan gaya penampilan yang bersahaja menjadikan itu sebagai satu aset yang kuat kepada ZiZi atau nama sebenarnya NURFAZELAH @ ZIZIE BINTI MAD TAHIL.

~Dimana dan bagaimana ZiZi bermula..??

Pada tahun 1990 dan pada ketika itu ZiZi baru berusia 5 tahun. Sempena Pesta Rumbia Daerah Kuala Penyu adalah merupakan titik permulaan ZiZi menceburkan diri dalam bidang seni. ZiZi buat kali pertamanya menyertai pertandingan nyanyian solo dan menjadi peserta termuda ketika itu. Selepas itu ZiZi terus aktif dalam bidang yang dicintainya ini dan berikut adalah antara hasil-hasilnya..(eemmm...terlalu banyak ni..kita tengok yang betul-betul berhasil dan yang terhasil oleh ZiZi ok!)

1995 - Johan Pertandingan Nasyid Peringkat Daerah Sipitang
1996 - Johan Pertandingan Nasyid Sempena Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Sabah
1999 - Tempat ke-3 Pertandingan Akhir Bintang Asli Remaja Peringkat Negeri Sabah
2004 - Johan Festival Nasyid Peringkat Negeri dan Kebangsaan
2004 - Johan Pertandingan Gema Warisan Peringkat Negeri Sabah dan
2005 - Finalist Bintang RTM

~Selama penglibatan ZiZi dalam bidang ini ZiZi pernah menerima..??

-Anugerah Bintang Paling Popular melalui undian SMS untuk Bintang RTM 2005
-Anugerah Sumbangan dan Bakti mengharumkan daerah Sipitang khasnya dan negeri Sabah amnya oleh Y.B Datuk Hj Sapawi bin Hj Ahmad dan
-Anugerah Pelajar Berpotensi 1996

~Selain pernah menjadi seorang penyanyi ZiZi juga pernah menjadi...??

-Qariah Musabaqah Tilawah Al-Quran peringkat daerah dan negeri
-Pengakap semasa sekolah rendah
-Kadet Polis semasa sekolah menengah...percayaka...hehe dan
-Pengawas sekolah

~ZiZi juga memiliki Sijil Jurukecantikan dan Pendandan Rambut daripada sebuah Institut yang diiktiraf
~ZiZi selalu mengingati dan memotivasikan dirinya dengan kata-kata ini BILA ADA YANG LEBIH BAIK DAN BAGUS TENTU ADA LAGI YANG JAUH LEBIH BAIK DAN JAUH LEBIH BAGUS. Berpegang kepada kata-kata tersebutlah ZiZi bergerak terus maju dan berusaha lebih gigih untuk mara ke hadapan.

~Sedikit rahsia tentang ZiZi..??

- Suka warna HIJAU..mana-mana pun mesti ada hijau..hijau,hijau,hijau dan hijau
- Pernah ada binatang kesayangan iaitu seekor arnab yang diberi nama CECE BITBIT...akan tetapi telah pun @#@#@ pada bulan Feb,09 yang lalu.(sedih dan nangis betul ZiZi masa tu..)
- Suka beli handbag dan kasut..biasalah perempuan kan...
- Pandai masak nasi goreng...(hehehe..)


Sumber diatas tidak ada yang sengaja direka atau terpaksa direka melainkan semuanya adalah FAKTA yang benar. Terima kasih kepada Team ZiziNFO diatas maklumat yang dikongsi untuk laman blog ini ^-^

Another Star from Borneo

Pelajar Akademi Fantasia 7
Nama: Nurfazelah @ Zizie Binti Mad Tahil
Asal: Semporna, Sabah
Umur: 24 Tahun
Bangsa: Melayu (Bajau)
Status: Bujang
Tinggi: 5'3
Berat: 44kg
Hobi: Menyanyi, mendengar radio


ShoutMix chat widget

  © Blogger template 'Froggy' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP